Banjir: Takiyuddin ucap tahniah kepada TNB

Foto daripada Facebook Takiyuddin Haji Hassan.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengucapkan tahniah kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang sentiasa bersiap siaga dalam usaha berterusan menjaga bekalan elektrik dan memastikan keselamatan orang ramai dalam menghadapi bencana banjir.

Belau turut mengucapkan terima kasih kepada warga kerja barisan hadapan yang bertungkus lumus di lapangan.

- Advertisement -

“Terima kasih kepada warga kerja barisan hadapan yang bertungkus lumus di lapangan dan saya berharap orang ramai dapat memberi kerjasama dengan mematuhi langkah-langkah keselamatan yang diuar-uarkan dari semasa ke semasa,” ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebook beiau, malam ini.

Sebentar tadi, beliau hadir ke Bilik Gerakan Banjir TNB di Metro Regional Control Center (MRCC), Kompleks Ibu Pejabat TNB, Bangsar bagi mengetahui perkembangan lanjut berkaitan bekalan serta gangguan elektrik akibat banjir besar yang melanda negara sejak semalam.

Menurutnya, taklimat serta penerangan berkaitan operasi banjir yang digerakkan di seluruh negara, bermula semalam, terutama di Selangor dan Pahang, telah diberikan oleh Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian, Wan Nazmy Wan Mahmood bersama team beliau yang berada di setiap negeri secara dalam talian.

Turut sama dalam taklimat itu ialah Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din. – HARAKAHDAILY 19/12/2021

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -