Masa depan penduduk Beting Maro ditentu hari ini

- Advertisement -

BATANG LUPAR: Langkah PAS menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak di Dun Beting Maro bukan hendak menjatuh kerajaan sedia ada, sebaliknya untuk melengkapkan kerajaan negeri.

Setiausaha PAS Sarawak Arif Paijo berkata, beliau bersedia untuk menjadi jambatan kerajaan negeri dengan kementerian-kementerian di bawah kerajaan Pusat.

Katanya, penglibatan PAS di Beting Maro setelah mengambil kira pandangan dan keluhan penduduk terhadap perkhidmatan wakil rakyat sebelum ini.

- Advertisement -

“Ada keluhan penduduk terhadap wakil rakyat sedia ada yang sudah dua pengggal berkhidmat di Beting Maro. Mereka tidak tidak puas hati terhadap prestasi wakil rakyat terbabit.

“PAS Sarawak telah meneliti aduan-aduan rakyat daripada ketua-ketua cawangan PAS yang terdapat di sini. Maka menyedari situasi itu PAS mengambil tanggungjawab menawarkan alternatif kepada rakyat di sini,” katanya yang juga calon PAS di Dun berkenaan di sini malam tadi.

Menurutnya juga banyak masalah yang tidak selesai termasuk sistem perparitan, tebatan ombak, jalan, kemudahan infrastruktur, masalah pertanian, belia, wanita, kebajikan rakyat dan keluarga miskin.

Katanya banyak masalah tersebut yang disenaraikan PAS Sarawak dan perlu penyelesaian secara menyeluruh oleh wakil rakyat yang akan dipilih hari ini.

Arif Paijo juga berkata, detik hari mengundi hari ini sangat penting untuk semua penduduk di Beting Maro bagi menentukan masa depan hadapan mereka dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Ini kerana kerajaan yang dibentuk selepas ini dan dasar yang akan dilaksanakan adalah hasil pilihan kita sendiri.

“Kalau baik maka bernasib baiklah kita, dan kalau sebaliknya kita juga yang akan rugi. Maka segalanya yang akan berlaku pada masa datang ditentukan pada pengundian pada hari ini.

“Jadi saya tawar sebagai Setiausaha PAS Sarawak menawarkan diri supaya dapat mencari jalan penyelesaian masalah yang berlaku di Beting Maro dengan lebih menyeluruh,” ujarnya.

Suasana di sebuah pusat mengundi, pagi ini.

Malah katanya beliau akan memanfaatkan segala pengalaman pernah berkhidmat dengan syarikat multinasional dan sebagai aktivis masyarakat akan berusaha untuk memperbaiki kehidupan rakyat di Beting Maro.

Beliau berkata, PAS nekad membawa nafas baru di Sarawak dengan mengajak politik penentangan kepada politik kerjasama dan perpaduan. – HARAKAHDAILY 18/12/2021

- Advertisement -