PAS Rompin ziarah santuni anak yatim

- Advertisement -

ROMPIN: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Kawasan Rompin telah mengadakan ziarah mahabah menyantuni anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Nur Iman, Kuala Rompin, di sini semalam.

- Advertisement -

Lawatan ini sebagai memenuhi tanggungjawab Mukmin ke atas golongan asnaf tersebut, selain mengambil maklum perkembangan pengurusan semasa dan keperluan kebajikan rumah jagaan tersebut.

Pengerusi LKK PAS Rompin, Ustazah Hasnita Sabtu memimpin delegasi tersebut yang turut disertai sama oleh Naib Yang Dipertua PAS Rompin, Yunus Ramli serta Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Rompin.

“Tujuan ziarah ini adalah bagi membina hubungan yang baik dengan institusi kebajikan seperti rumah kebajikan ini,” ujar Ustazah Hasnita.

Beliau telah menyampaikan sumbangan dan cenderahati pihak PAS Rompin serta bersama delegasi merakamkan gambar kenangan bersama warga Rumah Anak Yatim Nur Iman.

Dalam pada itu LKK PAS Kawasan Rompin turut menganjurkan program khatan untuk anak-anak yatim dan fakir miskin melibatkan tujuh peserta daripada DUN Bukit Ibam.

“Hasil sumbangan orang ramai, kita dapat menampung kos untuk berkhatan untuk peserta yang terdiri daripada golongan fakir miskin dan anak yatim” ujar Ustazah Hasnita

Yang Dipertua PAS Rompin, Ustaz Nazri Ahmad telah meluangkan masa menyampaikan cenderahati kepada peserta program khatan ini. – HARAKAHDAILY 17/12/2021

- Advertisement -