Pak Teh Razman serlah komitmen tinggi

Jadikan pengeluar utama agromakanan negara

- Advertisement -

DEWAN Pemuda PAS Negeri (DPPN) Perak mengucapkan sekalung penghargaan dan syabas kepada Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Kerajaan Negeri Perak, YB Tuan Razman Zakaria atas ucapan penggulungan dalam sidang DUN Perak baru-baru ini.

Dalam ucapan penggulungan, terdapat banyak kejayaan dan usaha yang dilaksanakan di bawah portfolio beliau khususnya bagi membangunkan Negeri Perak dan menaikkan taraf hidup rakyat. Antaranya kebanyakan makanan asas telah mencapai kadar sara diri atau Self Sufficiency Rate (SSR) melebihi 100 peratus sekali gus meletakkan Negeri Perak sebagai pengeluar utama agromakanan negara pada tahun 2020.

- Advertisement -

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri Perak komited melaksanakan Dasar Agromakanan Negara 2.0 berdasarkan objektif untuk; Meningkatkan pertumbuhan pendapatan dan kualiti hidup yang lebih baik bagi pengeluar makanan; Mempertingkatkan output pengeluaran serta kualiti penuaian melalui peningkatan produktiviti; Mewujudkan rantaian nilai yang lebih tangkas dan berdaya tahan dengan aktiviti nilai tambah yang tinggi; Menambah baik sekuriti dan nutrisi makanan rakyat; Memacu pertumbuhan ekonomi, sosial dan inklusiviti; Menggalakkan amalan penggunaan dan pengeluaran makanan secara mampan.

Selain itu, lima idea utama yang digariskan menerusi dasar ini ialah; Mendukung permodenan dan pertanian pintar; Memperkukuh pasaran domestik, meningkatkan hasil keluaran yang mempunyai permintaan tinggi dan produk berorientasikan eksport; Membangun bakat yang memenuhi permintaan industri; Meningkatkan amalan pertanian dan sistem makanan yang mampan; Menyediakan ekosistem perniagaan yang kondusif dan kerangka institusi yang kukuh.

DPPN Perak amat berkeyakinan dengan segala usaha berterusan dilakukan bagi menjamin bekalan makanan mencukupi dan tidak bergantung kepada sumber import dan pemain-pemain dalam industri makanan seperti petani, nelayan dan penternak agar menikmati taraf hidup yang lebih baik.

Beberapa jawatankuasa turut dibentuk termasuklah Jawatankuasa Dasar Sekuriti Makanan Negeri Perak, Jawatankuasa Dasar Akuakuktur, Jawatankuasa Teknikal Akuakultur dan Jawatankuasa Ternakan Ruminan dan Unggas sebagai usaha untuk mengangkat industri makanan di Negeri Perak selaku pengeluar utama makanan di  Negeri Perak. 

Malah beberapa tindakan proaktif juga telah diambil bagi mengekalkan zon agromakanan strategik sebagai kawasan sumber makanan melalui sektor Pertanian, Akuakultur dan Penternakan dengan Pengekalan Zon Agromakanan iaitu Zon Tanaman Makanan Utama; Zon Tanaman Makanan Sokongan Kekal; Zon Penternakan dan Padang Ragut; Zon Akuakultur; Zon Industri Akuakultur sedia ada; Pusat Agropolitan dan Pengeluaran bagi buah-buahan komersial, tanaman herba serta penternakan turut difokuskan. 

Justeru, DPPN Perak sentiasa menyokong penuh segala agenda untuk memperkasa ekonomi Negeri Perak yang mampan bagi menjayakan agenda menjaga kebajikan rakyat terutamanya kepada golongan yang memerlukan.

“Memacu Perpaduan”
“Legasi Perjuangan”

Sekian, terima kasih

USTAZ HAFEZ SABRI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 17/12/2021