Polis Temerloh kekang anak muda DACS

- Advertisement -

TEMERLOH: Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS) Pemuda PAS Kawasan Temerloh telah mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD Temerloh) di Padang Bola Sepak Mentakab, di sini minggu lalu.

Inisiatif ini adalah antara usaha DASC Temerloh meluaskan lagi hubungan dan interaksinya dengan pelbagai pihak apabila, manakala bagi pihak IPD Temerloh ianya merealisasikan slogan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

- Advertisement -

Pada perlawanan penuh semangat kesukanan dan memupuk persahabatan termasuk menyemarakkan aktiviti dan nilai positif dalam kalangan masyarakat ini menyaksikan pasukan IPD Temerloh menewaskan DACS Temerloh 1-0.

Pengurus Pasukan IPD Temerloh, ASP Mohd Irwan Ismawi Sapawi kagum dengan para pemain beliau yang mampu mengekang dan menewaskan pasukan DACS di mana rata-rata dibarisi para pemain muda dan bertenaga.

Pengarah DACS Temerloh, Mohd Azizul Hakimi Hassan pula berkata, perlawanan yang diatur ini adalah sebahagian usaha menjadikan sukan sebagai medium perpaduan di samping mempelbagaikan aktiviti sihat dalam masyarakat.

Turut hadir adalah Ketua Pemuda PAS Temerloh, Ustaz Muhammad Shukri Shuib di mana perlawanan itu diakhiri dengan penyerahan cenderamata antara kedua pihak. – HARAKAHDAILY 16/12/2021

- Advertisement -