Doa kemenangan calon tunggal PAS di Sarawak

- Advertisement -

BATANG LUPAR: Dewan Ulamak PAS Pusat dan Jawatankuasa Induk Pilihan Raya PAS Negeri Sarawak menyeru semua pendukung parti itu khususnya alim ulama mengadakan munajat bagi mendoakan kemenangan PAS di Beting Maro.

Pengarah Jawatankuasa Induk PRN PAS Sarawak Dr Wan Nik Wan Yussof berkata, munajat dan solat hajat boleh diadakan di tempat masing-masing.

- Advertisement -

“Kita hendaklah sama-sama mendoakan kemenangan calon tunggal PAS di Beting Maro,” katanya..

Sementara itu Arif Paijo dalam tawaran kepada penduduk di Beting Maro bersedia menyalurkan bantuan sebanyak RM500 kepada penjaja dan nelayan sekiranya diberi manfat rakyat pada Sabtu ini.

Selain itu sagu hati kepada pasangan pengantin baru, sumbangan sebanyak RM1,500 kepada keluarga penduduk miskin bagi membaiki rumah mereka.

Turut ditawarkan kepada rakyat di Beting Maro usaha untuk menaik taraf kemudahan infrastruktur di Dun terbabit bagi keselesaan rakyat.

“Kamek juga sedia menawarkan insentif kepada pelajar cemerlang dan wakaf pendidikan untuk semua peringkat sebagai mencerminkan semangat Keluarga Malaysia.

“Turut juga akan kamek usahakan sekiranya diberi mandat rakyat dengan mengaktifkan persatuan, NGO dan kelab yang terdapat di Beting Maro dan menyelesaikan masalah tanah rakyat,” katanya di sini.

Arif Paijo turut berharap pengundi keluar mengundi pada Sabtu ini dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Jangan lupa katanya memilih calon nombor 5 pada kertas undi nanti untuk memberi nafas baru kepada Beting Maro. – HARAKAHDAILY 16/12/2021

- Advertisement -