DHPP lega cuti peristiwa sempena Thaipusam 2022

- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR:
Pengumuman cuti peristiwa sempena sambutan Thaipusam pada 18 Januari 2022 oleh kerajaan Kedah menggembirakan masyarakat India terutama dalam kalangan penganut agama Hindu.

Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Kedah, K Kumaresan berkata, beliau merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor di atas pengumuman berkenaan semalam.

Katanya ucapan terima kasih juga dirakam kepada anggota Exco Kerajaan Azman Nashrudin dan Dr Robert Ling Kui Ee di atas kerjasama mereka.

- Advertisement -

“Pengumuman itu menggembirakan masyarakat India dan terima kasih kepada menteri besar kerana meluluskan cuti peristiwa sempena perayaan Thaipusam,” katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun cuti peristiwa perayaan itu tidak diberi tahun ini memandangkan negara berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana pandemik Covid-19.

Bagaimanapun K Kumaresan berharap sambutan Thaipusam itu diraikan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Saya akan adakan mesyuarat bersama ahli jawatankuasa kuil untuk meneliti bagaimana SOP yang perlu dilaksanakan,” ujarnya.

Semalam menteri besar mengumumkan keputusan kerajaan negeri meluluskan cuti peristiwa untuk perayaan Thaipusam di Kedah. – HARAKAHDAILY 16/12/2021

- Advertisement -