THiJARI Biz mudahkan simpanan haji majikan, pekerja

- Advertisement -

SALAH satu syarat wajib bagi mengerjakan haji adalah berkemampuan atau istito’ah, iaitu mempunyai wang belanja yang cukup untuk mengerjakan ibadah haji. Kemampuan ini datang dari berbagai bentuk, ada yang memperolehi bonus atau hasil untung perniagaan yang banyak, dan ada yang menyimpan di Tabung Haji (TH), melalui potongan gaji seawal bekerja.

- Advertisement -

Justeru bagi memudahkan urusan para pendeposit serta majikan menguruskan simpanan dan potongan gaji, Official : Lembaga Tabung Haji tampil dengan inisiatif baru mewujudkan aplikasi THiJARI Biz.

Portal baharu THiJARI Biz ini, merupakan satu kelegaan buat para majikan kerana ia membolehkan mereka melakukan urusan potongan gaji walaupun ketika bekerja di rumah. Kakitangan yang menyimpan di akaun TH juga akan berasa lebih terjamin kerana pengkreditan ke akaun TH mereka kini lebih cepat dan pantas.

Saya amat menghargai inisiatif TH dalam mewujudkan THiJARI Biz yang begitu besar manfaatnya kepada ummah. Sudah tiba masanya semua agensi Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri mengadaptasi kemajuan teknologi dalam operasi kerja masing-masing, kerana ia boleh menjimatkan masa dan tenaga.

Selain itu, semua promosi dan hebahan berkaitan produk serta maklumat penting korporat juga harus dilakukan di platform-platform digital kerana ia lebih diminati oleh generasi hari ini.

Tahniah TH atas inisiatif ini. Semoga TH akan terus melangkah maju dalam membantu umat Islam menunaikan Rukun Islam kelima, serta membangun sosioekonomi ummah.

YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 15/12/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100050311487174/posts/465061175180928/

- Advertisement -