Tragedi puting beliung di AS: 88 kematian disahkan

Foto yang dirakam dron menyaksikan bangunan di pusat bandar Mayfield, Kentucky yang musnah dilanda puting beliung pada 11 Dis 2021. (FOTO AP)
- Advertisement -

MAYFIELD: Pihak berkuasa di Kentucky menyuarakan kelegaan pada Isnin (13 Dis) apabila berpuluh-puluh pekerja di sebuah kilang lilin di sini disahkan terselamat dalam rempuhan puting beliung pada lewat Jumaat (10 Dis) dan awal Sabtu (11 Dis) lalu, yang disahkan telah membunuh sekurang-kurangnya 88 orang serta meninggalkan kesan kemusnahan di enam negeri di Amerika Syarikat.

Gabenor Andy Beshear berkata, 74 kematian telah disahkan di negeri-negeri di bahagian tenggara AS membabitkan mangsa yang berusia antara lima bulan hingga 86 tahun.

- Advertisement -

“Seramai 109 orang penduduk di Kentucky masih tidak dapat dikesan dan mungkin dalam beberapa minggu lagi kita akan dapat mengumpul kiraan akhir bagi kedua-dua jumlah kematian dan tahap kemusnahan.

“Tidak dinafikan akan ada lebih ramai (mati),” tegasnya.

Namuni Beshear menegaskan kebimbangan mengenai jumlah kematian yang banyak akibat  sebuah kilang lilin di bandar Mayfield di sini yang musnah dilanda puting beliung itu sebagai tidak berasas.

Kira-kira 110 pekerja bekerja lebih masa pada hari Jumaat di bangunan kilang lilin tersebut apabila ia berkecai dilanda puting beliung berkenaan, lapor AP.

“Pemilik kilang berkenaan melaporkan lapan orang maut dan lapan lagi hilang akibat runtuhan  kilang itu, dan mengesahkan 94 orang terselamat.

“Kami sedang berusaha untuk mengesahkan maklumat daripada kilang lilin berkenaan yang pada masa ini ,” jelasnya lagi. 

Sebanyak 14 kematian telah dilaporkan di empat negeri lain yang dilanda gempa bumi –  Tennessee, Arkansas, Missouri dan Illinois. 

Enam orang terbunuh di sebuah gudang Amazon di bandar Edwardsville di selatan Illinois, ketika pekerja berada untuk syif malam memproses pesanan daripada orang ramai menjelang sambitan Krismas (25 Dis).

Sementara Presiden AS, Joe Biden berkata beliau akan melawat Kentucky pada hari Rabu (15 Dis) bagi meninjau situasi di Mayfield selepas dilanda puting beliung berkenaan

“Ia (Mayfield) adalah sebuah bandar yang telah dimusnahkan (oleh puting beliung itu). Namun, Mayfield bukan satu-satunya bandar (di AS yang mengalami kerosakan akibat puting beliung berkenaan,” katanya, lapor AFP.

Biden sebelum ini telah mengisytiharkan darurat di Kentucky, dengan meluluskan dana bantuan persekutuan tambahan disalurkan dalam usaha pemulihan di situ. – HARAKAHDAILY 14/12/2021

- Advertisement -