Pramugari berjilbab suatu konotasi?

- Advertisement -

Oleh BAKRI JAMALUDDIN

SAYA
pulang ke tanah air pada bulan Disember 2018 setelah bekerja hampir 15 tahun di berbagai-bagai daerah di Indonesia.

Secara purata saya terbang sebanyak 70 kali dalam setahun sehingga melayakkan saya memiliki Kad Platinum untuk Garuda Indonesia Frequent Flyer.

Sangat menarik kerana saya dapat mengikuti perkembangan industri penerbangan di negara jiran secara dekat. Bagaimana CEO Garuda, Abd Satar melakukan tranformasi dan penjenamaan semula Syarikat Garuda Indonesia.

- Advertisement -

Begitu juga dengan ‘maskapai’ (syarikat penerbangan) lain seperti Lion Air, Sri Wijaya, namun ada juga yang terpaksa tutup seperti Adam Air, Merpati, Batavia Air, Riau Air dan lain-lainnya.

Sangat mengujakan dalam situasi persaingan sektor penerbangan yang sengit pada abad baharu ini dengan munculnya beberapa maskapai baharu seperti Air Asia Indonesia, NAM Air, Citilink.

Pun begitu maskapai lama seperti Garuda dan Lion tidak tenggelam malahan mengorak langkah ke depan tanpa melihat ke belakang. Mereka membeli peawat baharu Boeing 737 siri 800 dan 900 bagi memenuhi permintaan domestik dan antarabangsa yang meningkat.

Dalam persaingan sengit ini saya dapati pada awal tahun 2016 Garuda, NAM Air, Citilink dan Sriwijaya sudah mula membenarkan awak kabin perempuan (pramugari) berjilbab.

Apa lagi apabila Aceh Darusalam mewajibkan setiap anak kapal perempuan harus menutup aurat secara sempurna, jika tidak pesawat tidak dibenarkan mendarat di Bandara (Airport) Sultan Iskandar Muda. Semua maskapai telah mematuhi syarat ini termasuk Air Air Malaysia yang hanya menggunakan awak kabin lelaki (pramugara) untuk penerbangan ke Aceh Darussalam.

Mengapa polemik ini tidak selesai-selesai di Malaysia? Apakah kita tidak serius atau kita merasakan kerugian sekiranya anak kapal berpakaian busana Muslim?

Sudah tiba masanya kerajaan mengambil langkah proaktif untuk mengarahkan semua syarikat penerbangan memberikan kelonggaran kepada anak kapal yang beragama Islam melaksanakan tuntutan agamanya dalam berpakaian. – HARAKAHDAILY 14/12/2021

Penulis adalah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Melaka.

- Advertisement -