Penjana Kerjaya salur lebih RM13.3 juta insentif

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU:
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melalui Program Insentif Pengambilan Pekerja (Penjana Kerjaya) menyalurkan lebih RM13.3 juta insentif kepada 721 majikan.

Pengarah PERKESO Kelantan, Nora Yaacob berkata, program itu memberi manfaatkan kepada seramai 4,972 pencari kerja di negeri tersebut.

Katanya, program terbabit merupakan inisiatif kerajaan melalui PERKESO bagi memastikan kebolehan pekerjaan dalam kalangan pencari kerja tempatan.

- Advertisement -

Selain itu penjanaan pekerjaan sekali gus mengurangkan kadar pengangguran di negara ini.

“Wabak Covid-19 memberi kesan terhadap perniagaan dan masalah pengangguran selain bertujuan memberi manfaat serta merangsang pewujudan dan meningkatkan peluang pekerjaan.

“Sama ada mereka merupakan majikan atau pun pencari kerja, mereka mungkin layak untuk menerima manfaat daripada program ini,” katanya selepas penyampaian skim bencana pekerjaan di pusat Flex Physiotherapy, Wakaf Che Yen, di sini hari ini.

Penyampaian skim tersebut disempurnakan Adun Bunut Payong, Dato’ Dr Ramli Mamat.

Antara pekerja yang menerima faedah Skim Bencana Pekerjaan terbabit iaitu puan Wardah sebanyak RM10,620 dan Mazulfikri Rosdi pula RM25,838.57.

Nora juga berkata, antara majikan yang mendapat manfaat di bawah Penjana Kerjaya ialah Flex Physiotherapy Kelantan, di mana ia merupakan salah satu panel pembekal perkhidmatan Rehabilitasi PERKESO yang dilantik sejak 15 Julai 2019 bagi program return to work (RTW).

“Melalui Penjana Kerja 2.0 dan 3.0 pusat itu menggajikan 16 pekerja membabitkan insentif berjumlah RM54,480. Program ini membantu majikan dalam menjamin kelangsungan peniagaan di era pendemik Covid-19,” katanya. – HARAKAHDAILY 14/12/2021

- Advertisement -