Melahirkan anak sulung PAS ke DUN Sarawak

- Advertisement -

اِنَّ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَالَّذِيْنَ هَاجَرُوْا وَجَاهَدُوْا فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ ۙ اُولٰۤىِٕكَ يَرْجُوْنَ رَحْمَتَ اللّٰهِ ۗوَاللّٰهُ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ

- Advertisement -

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”

(al-Baqarah: 218)

Alhamdulillah. Semalam saya bersama dengan jentera Pilihan Raya DUN Beting Maro dalam memberi taujihat dan semangat untuk penerusan gerak kerja Sarawak, bagi calon PAS di sini iaitu, Saudara Arif Paijo.

Seorang anak muda. Yang berpendidikan tinggi, namun cukup merendah diri. Yang berlatarbelakangkan profesional, namun berjiwa masyarakat.

Saya memberi sokongan penuh kepada calon anak muda PAS ini untuk memberi nafas baru kepada penduduk Beting Maro. 

Semangat yang dibawa seluruh jentera dan pendukung di DUN ini, adalah suatu yang besar untuk kita terus membantu bagi melahirkan anak sulung PAS dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak. 

Diharap kekuatan dan keringat usaha ini mampu menterjemahkan cita-cita PAS untuk membawa mesej besar yang mampu memajukan ruang dakwah, kemajuan dan pembangunan yang lebih baik selepas ini di dalam Beting Maro, insya-Allah.

SENATOR USTAZ IDRIS AHMAD 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 14/12/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/225083869659930/posts/274583638043286

- Advertisement -