Makin ramai anak muda di Beting Maro dekati PAS

- Advertisement -

Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD

BATANG LUPAR:
Ramai anak muda di Beting Maro semakin berminat mendekati PAS setelah mereka agak terabai sebelum ini terutamanya aktiviti berkaitan golongan belia.

Malah mereka mewakili 1,980 pengundi di Dun Beting Maro yang terdiri daripada anak muda berusia bawah 30 tahun.

Ketua Dewan Pemuda PAS Sarawak, SM Salim Sharif berkata, mengambil kira sebahagian pengundi di Beting Maro dalam kalangan anak-anak muda, Pemuda PAS mengambil peluang mendekati mereka.

- Advertisement -

Katanya, antaranya mengadakan program menukar minyak hitam notosikal secara percuma di empat lokaliti di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Beting Maro.

Kata beliau program itu berjaya menarik ramai anak muda tempatan bersama calon Dun Beting Maro Arif Paijo.

“Ramai anak muda di sini yang memiliki motosikal sebagai kenderaan utama dan keperluan selenggaraan termasuk menukar minyak hitam begitu penting.

“Ia mendapat sambutan menggalakkan. Sehingga sekarang sudah empat kali program itu dilaksanakan,” ujarnya ketika ditemui di sini.

Minggu lepas program menukar minyak hitam bersama Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man yang diadakan di pekarangan rumah Haji Alim Din di Beladin.

Program tersebut melibatkan kehadiran kira-kira 200 anak muda tempatan.

Pada 11 Disember pula program itu diadakan perkarangan PASTI Pusa bersama Arif Paijo dan di Kampung Tambak, Beting Maro.

SM Salim berkata, setiap kali program itu diadakan tidak kurang 200 anak muda hadir dengan motosikal mereka untuk mendapat khidmat tukar minyak hitam dan servis percuma.

Hari ini adalah mengundi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 manakala tarikh pengundian pada 18 Disember ini. – HARAKAHDAILY 14/12/2021

- Advertisement -