Lesen arak: Selangor enggan akur arahan Pusat

- Advertisement -

MENTERI Kewangan telah maklumkan di Parlimen baru-baru ini bahawa dasar sedia ada menggariskan penjualan minuman keras secara runcit di premis perlu dilesenkan mengikut Akta Eksais 1976.

Menurut Tengku Dato’ Seri Zafrul, sebarang pelesenan penjualan minum keras perlu mendapatkan kelulusan Lembaga Pelesenan, selaras dengan Seksyen 35, Akta Eksais 1976. 

- Advertisement -

Tambah beliau, pelesenan penjualan minum keras kekal di bawah bidang kuasa Lembaga Pelesenan yang dilantik melalui perwakilan kuasa Menteri Kewangan kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri melalui perintah diwartakan, pada 1977.

Melalui perwakilan kuasa ini kerajaan negeri-negeri perlu pastikan premis kedai-kedai kopi dan restoran yang mahu menjual minuman keras termasuk bir perlu memohon lesen dari PBT masing-masing. 

Lesen ditetapkan oleh Kementerian Kewangan adalah RM1,300 setahun bersamaan RM108.33 sebulan atau RM3.61 sehari.

Khabarnya sebelum itu sebagaimana dilaporkan oleh The Star (7 Disember 2021) Kerajaan PH Negeri Selangor enggan menguatkuasakan arahan ini. 

Menurut EXCO PBT Selangor dari DAP, setelah berbincang dengan MB Selangor dari PKR mereka telah memutuskan yang Selangor tidak akan kuatkuasakan arahan ini.

DAP antara parti yang cukup lantang mempertahankan hak menjual bir ini di premis-premis kedai-kedai kopi tanpa dilesenkan. 

Menurut mereka langkah ini seolah melarang masyarakat bukan-Islam untuk meminum bir dan ini bertentangan dengan hak asasi mereka.

Minum bir yang memberi mudarat kepada masyarakat itupun merupakan hak asasi pada kaca mata DAP!

Sebenarnya apa yang diarahkan bukan pun larangan menjual, cuma mensyaratkan agar premis-premis ini dilesenkan. Itupun ditentang oleh DAP, apalah mahu diharapkan pada yang lain.

Demikianlah apabila DAP dominan dalam kerajaan. Semuanya perlu ikut selera mereka. Malang di Selangor, begitulah nasibnya.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 14/12/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100009880363600/posts/1661280070877989/

- Advertisement -