Isu tebatan banjir, kebajikan jadi keutamaan Arif Paijo

- Advertisement -

Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD

BATANG LUPAR:
Isu tebatan banjir dan kebajikan rakyat di Beting Maro menjadi keutamaan akan diketengahkan calon PAS dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak bagi Dun Beting Maro, Mohammad Arifiriazul Paijo.

Arif Paijo berkata, isu berkaitan tebatan banjir dan kebajikan rakyat yang terabai sering diungkit penduduk tempatan ketika program turun ke bawah diadakan.

Ini kerana, katanya hasil daripada program ziarah ‘al-malak’ dan kempen rumah ke rumah setiap hari rata-rata penduduk mengetengahkan masalah tersebut.

- Advertisement -

“Di Kampung Kalok pula antara perkara yang kita lihat isu kebajikan. Beberapa rumah yang kita ziarah pun didapati begitu usang dan perlu mendapat bantuan segera kerajaan.

“Mereka mendakwa wakil rakyat tidak pernah datang walaupun kampung ini tidak besar,” ujarnya ketika ditemui selepas Program Ziarah Al-Malak di Kampung Kalok, Pusa, Beting Maro semalam.

Menurut Arif perkampungan itu agak sempit dan padat, namun berdepan dengan isu tebatan banjir yang gagal diselesaikan sehingga sekarang.

“Saya dimaklumkan, dalam siri pertemuan dengan wakil penduduk sebelum daripada ini, jika air pasang besar seperti berlaku 6 Disember kawasan berkenaan ditenggelami air laut.

“Sebab itulah kita lihat rumah-rumah penduduk di sini bertiang tinggi dan jika rendah pasti akan dinaiki air,” katanya.

Oleh itu katanya beliau akan berbincang dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menangani masalah tersebut.

Beliau juga berkata, setelah lapan hari berkempen di Dun Beting Maro rata-rata penduduk dan pengundi yang ditemui menyatakan sokongan kepada calon PAS.

“Kita menziarahi pengundi al-Malak di Kampung Kalok, Benting Maro di mana rata-rata yang kita temui insya-Allah menyatakan sokongan kepada calon PAS.

“Apa yang paling penting keterbukaan terhadap politik matang pengundi di kampung berkenaan,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 14/12/2021

- Advertisement -