119,500 permohonan Sistem Insurans Pekerjaan diluluskan

- Advertisement -

Oleh SYAHIRAH SALLEH

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) meluluskan sebanyak 119,500 daripada 148,926 permohonan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) antara 8 Mac hingga 5 November lalu.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim, berkata PERKESO meluluskan bayaran sebanyak RM629.2 juta kepada pekerja yang layak menerima faedah melalui skim berkenaan.

- Advertisement -

“Daripada jumlah itu, bayaran faedah Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) adalah sebanyak RM 588.5 juta, manakala Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB) sebanyak RM 6.9 juta dan faedah Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA) sebanyak RM33.8 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Su Keong Siong (PH-Kampar) di sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Awang berkata, Kementerian Sumber Manusia (KSM) juga menambah baik SIP dengan faedah berbentuk kewangan dan bantuan kepada pencari pekerjaan.

Katanya, antara faedah tersebut adalah Program Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang memberi faedah berbentuk kewangan dan bantuan pencarian pekerjaan termasuk perlindungan.

“Melalui program OBS, mereka boleh mencarum jika mereka bekerja sendiri dan diberi perlindungan jika berlaku musibah,” katanya. – HARAKAHDAILY 14/12/2021

- Advertisement -