Pimpinan PAS Kedah sesi baru fokus hadapi PRU15

- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR:
Badan Perhubungan PAS Kedah masih mengekalkan muka lama untuk sesi 2021/2023 walaupun terdapat sedikit perubahan bagi pelantikan jawatankuasa baharu.

Pesuruhjaya PAS Kedah Senator Dato’ Ahmad Yahaya berkata, kepimpinan sesi ini lebih kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 serta mempertahankan kemenangan sedia ada.

“Tiada perubahan besar, hanya agihan tugas dan kesinambungan daripada sesi lalu,” katanya di sini.

- Advertisement -

Tiga Timbalan Pesuruhjaya kekal iaitu Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi dan Dato’ Dr Mohd Hayati Othman.

Begitu juga Ustaz Musoddak Ahmad kekal sebagai Setiausaha Perhubungan PAS negeri dan Ustaz Azizan Hamzah (Bendahari PAS Kedah).

“Cuma berlaku sedikit perubahan jawatan Pengarah Pilihan Raya. Untuk sesi ini kita bersetuju melantik Ustaz Muhamad Hilmi Abd Wahab mengganti Wan Romani Wan Salim.

“Ketua Penerangan pula, kita kekalkan Ustaz Mohd Azam Abdul Samat,” kata beliau.

Beberapa muka baru dilantik sebagai jawatan kuasa Perhubungan PAS Negeri sesi kali ini melibatkan dalam kalangan Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan Dewan Ulama.

Buat julung kalinya PAS Kedah melantik Penolong Setiausaha 1 Dewan Muslimat PAS Kedah Atikah Sharif sebagai Penolong Setiausaha 3 Perhubungan PAS negeri. – HARAKAHDAILY 13/12/2021

- Advertisement -