Perak serius tangani isu-isu alam sekitar

- Advertisement -

IPOH: Kerajaan sentiasa melakukan rondaan pemantauan dan siasatan dalam mencegah dan melaksanakan penguatkuasaan terhadap isu pencemaran berkaitan udara, air mahupun pembuangan berjadual.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri, Ustaz Mohd Akmal Kamarudin berkata, tindakan bukan sahaja melibatkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), tetapi juga bersama agensi yang lain.

“Iaitu daripada Jawatankuasa PBT (Pihak Berkuasa Tempatan), ada SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara) dan juga ada daripada Jabatan (Perkhidmatan) Veterinar serta Jabatan Mineral dan Geosains (JMG),” ujar beliau pada Persidangan Dewan Negeri Perak, minggu lalu.

Jelas beliau, usaha dijalankan adalah untuk memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di mana sebarang pelanggaran telahpun dikenakan tindakan kompaun dan juga notis serta mahkamah.

Tidak terhad tindakan di bawah kuasa perundangan, kerajaan juga beritahunya melaksanakan usaha kesedaran dan pendidikan menerusi modul pengurusan yang sedang dibangunkan iaitu Perak Sustainable Greenprint 2030.

Beliau memberi penjelasan kepada soalan-soalan ditanya Cheah Pou Hian (DAP-Jelapang), Mohd Zaidi Aziz (BN-Slim), Hasnul Zukarnain Abd Munaim (Bebas-Titi Serong) dan Jamilah Zakaria (BN-Trong) di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.

Menyentuh secara khusus mengenai kelestarian sungai, Akmal yang juga ADUN Selama memberitahu pihaknya komited menjaga lapan lembangan sungai di negeri ini daripada sebarang isu pencemaran diadukan.

Iaitu beritahunya, Sungai Perak, Sungai Beruas, Lembangan Sungai Sepetang, Sungai Kurau, Sungai Wangi, Lembangan Sungai Raja Hitam, Lembangan Sungai Bertam dan Lembangan Sungai Kerian.

Diffluent kilang mempunyai loji sebelum dilepaskan ke sungai. Begitu juga pembuangan dari kilang kelapa sawit dan getah, ada dilakukan pemantauan,” maklum beliau.

Manakala berkaitan punca kuasa, beliau bersetuju untuk pindaan kepada Akta dan Enakmen berkaitan dilakukan dengan penglibatan agensi dan persetujuan bersama daripada pihak Kerajaan Persekutuan. – HARAKAHDAILY 13/12/2021

- Advertisement -