ADUN Chenor suarakan keperluan penduduk di Sidang DUN

- Advertisement -

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang diminta memberikan perhatian serius kepada masalah bekalan air yang sering terputus di beberapa kawasan di Maran, demikian pohon Ustaz Mujiburrahman Ishak (PAS-Chenor).

- Advertisement -

Beliau menyarankan kerajaan negeri meneliti keadaan saluran paip yang sudah lama agar dilakukan penggantiaan serta memastikan bekalan dari loji air di Chenor dan Temerloh agar sentiasa mencukupi. 

Dalam pada itu, beliau turut mengemukakan cadangan penyelesaian masalah kekerapan terputusnya bekalan air penduduk Jengka 6 dan 7 diatasi dengan bekalan airnya diambil daripada Loji Simpang Tajau. 

Menyentuh isu di loji rawatan air di Jengka 4 yang tidak berupaya merawat air kerana air sungai terlalu keruh, beliau menggesa kerajaan negeri melalui Perbadanan Air Pahang (PAIP) mencari penyelesaian segera. 

Isu tersebut dibangkitkan beliau ketika berucap dalam perbahasan Belanjawan Negeri Pahang 2022 di Wisma Sri Pahang, di sini pada minggu lalu.

Menyentuh hal pembangunan di Chenor, beliau mencadangkan supaya kerajaan negeri menjadikan kawasan tersebut sebagai hub pelancongan berasaskan sejarah dan warisan sesuai aset yang ada di sana. 

Chenor beritahunya, memiliki beberapa kawasan menarik seperti Bukit Kertau dan Sungai Pahang itu sendiri serta kampung-kampung tradisi yang masih kekal wujud di mana boleh menjadi tarikan pelancongan. 

Beliau juga mencadangkan agar dibina jeti khas bagi tujuan rekreasi dan untuk kemudahan bot-bot pelancong, selain bagi tujuan promosi, beliau turut mencadangkan dinaik taraf kelajuan capaian internet dan pembina gerai-gerai.

Jelasnya, ia dapat diadakan di lokasi yang strategik di kawasan Chenor serta penyediaan tapak-tapak berkelompok yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan negeri termasuk kemudahan mesin pengeluaran wang (ATM).

Dalam ucapan beliau itu, ADUN Chenor turut menyentuh tentang projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Jaya Diri yang sudah sekian lama terbengkalai agar usaha-usaha menyiapkan dengan sempurna dapat diteruskan. – HARAKAHDAILY 13/12/2021

- Advertisement -