SRITI Al-Istiqamah perlukan dana RM80,000

- Advertisement -

TAMBUN: SRITI Al-Istiqamah Meru Raya Ipoh memerlukan dana pembangunan dan pengurusan sebanyak RM80,000 sebagai persediaan menerima pertambahan pelajar bagi sesi pembelajaran tahun 2022. 

- Advertisement -

Pengerusi Lembaga Pengurusan SRITI Al-Istiqamah, Ustaz Fariq Izwan Md Bahrin berkata, kutipan dana itu bagi menampung kos penambahan unit bangunan baharu dan pengubahsuaian premis itu. 

“Berikutan pertambahan bilangan pelajar (yang) ramai untuk sesi persekolahan tahun hadapan, (maka) kami telah melancarkan kutipan dana infak pembangunan dan pengurusan SRITI Al-Istiqamah. Alhamdulillah, ini merupakan hari ketiga kutipan dana digerakkan. 

“Terkini sehingga 7.55 pagi, jumlah terkumpul sebanyak RM18,190. Kita masih memerlukan sumbangan orang ramai untuk sama-sama berinfak dan menyokong usaha murni ini. Baki RM61,810 masih diperlukan,” ujarnya semalam.

Menurutnya, pihak beliau juga giat menggerakkan usaha kutipan derma di pelbagai agensi, NGO, masjid dan surau bagi memastikan setiap lapisan masyarakat berpeluang merebut pahala infak dan mengumpul saham akhirat.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Tambun, Ustaz Hafez Sabri pula berkata, SRITI merupakan salah satu usaha di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia dalam menggerakkan institusi pendidikan Islam di negara ini. 

“Ia juga memiliki matlamat yang besar iaitu menyemai kecintaan kepada Islam semenjak usia yang awal. Alhamdulillah, pasukan kerja SRITI Tambun berjaya membentuk anak-anak soleh di sekolah ini dengan pendidikan terbaik,” ujarnya. 

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Negeri Perak berkata demikian di dalam majlis Penyampaian Hadiah ‘E-Challange’ dan Mahrajan Amal Islami SRITI 2021 bertempat di SRITI Al-Istiqamah, baru-baru ini.

Sumbangan orang ramai boleh disalurkan melalui akaun Maybank 5584 3511 8345 di atas nama SRITI Al-Istiqamah Resources dan hubungi Ustaz Fariq (010-8083099) atau Ustaz Hafez (013-3190807) untuk sebarang pertanyaan lanjut. HARAKAHDAILY 11/12/2021

- Advertisement -