Kota Madinah model urus tadbir terbaik

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH, syukur kepada Allah S.W.T kerana pentadbiran negara atas semangat Keluarga Malaysia sudah mencecah 100 hari. Sudah pasti, sebuah negara yang makmur datang daripada urus tadbir yang baik.

Urus tadbir yang baik telah lama diterangkan dalam al-Quran dan ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W sepertimana ketika Baginda membangunkan Negara Islam Madinah serta membentuk masyarakatnya menjadi model negara terbaik.

- Advertisement -

Sirah menunjukkan Baginda S.A.W juga turun ke lapangan untuk membuat pemantauan seperti di pasar-pasar bagi memastikan kesemua aspek pentadbiran dijalankan secara adil. 

Dalam negara berdepan dengan krisis kesihatan, krisis sosial umat semakin hari semakin parah. Dahulu, perkataan ‘pondan’ sudah dipandang jijik oleh masyarakat namun sejak akhir-akhir ini, budaya songsang ini semakin menjadi-jadi dengan jenama baharu iaitu LGBT.

Ia semakin parah apabila dipaparkan secara terbuka di TV, poster-poster dan media sosial seolah-olah perbuatan hitam ini hendak diputihkan. Apa nak jadi dengan masyarakat kita? Tidak cukupkah pengajaran daripada azab yang Allah ditimpakan kepada kaum Nabi Luth A.S akibat dari perbuatan mereka?

Firman Allah S.W.T dalam Surah Hud ayat 82:

فَلَمَّا جَاءَ أَمْرُنَا جَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهَا حِجَارَةً مِّن سِجِّيلٍ مَّنضُودٍ

“Maka apabila datang (masa pelaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.”

Marilah sama-sama kita menjadi masyarakat prihatin untuk saling menasihati antara satu sama lain dan menjaga ahli keluarga kita supaya tidak terjerumus dalam apa jua perbuatan yang boleh merosakkan akidah dan akhlak.

Kita sedar, usaha untuk menjadikan negara kita sebuah negara ‘Baldatun Toyyibah’ dan mendapat keampunan Allah perlu digalas oleh semua pihak, dan tidak akan berjaya selama-lamanya jika satu pihak membangunkannya dan satu pihak lain meruntuhkannya.

YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 10/12/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100050311487174/posts/461913232162389/

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!