Impak Omicron: Korea Selatan cepatkan suntikan penggalak

Seorang pekerja kesihatan diberikan suntikan vaksin di sebuah pusat vaksinasi di Seoul, Korea Selatan pada 10 Mac, 2021. (FOTO Reuters)
- Advertisement -

SEOUL: Korea Selatan mengumumkan pada Jumaat (10 Dis) akan mempercepatkan suntikan penggalak vaksin terhadap populasi dewasa di negara itu dari empat atau lima bulan kepada tiga bulan, dalam kebimbangan terhadap varian baharu Covid-19, Omicron.

Pihak berkuasa Korea Selatan berkata, langkah tersebut diputuskan tiga minggu selepas kerajaan negara itu mempercepatkan suntikan penggalak  bagi warga emas yang berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan utama termasuk petugas barisan hadapan, daripada enam bulan kepada empat bulan, lapor CNA.

- Advertisement -

Sebelum ini, tempoh masa suntikan penggalak bagi populasi dewasa di negara  itu daripada tarikh vaksinasi lengkap dua dos ialah selama lima bulan.

“Kerajaan telah memutuskan untuk mempercepatkan suntikan penggalak agar semua populasi dewasa di negara ini menerima suntikan penggalak, tiga bulan selepas lengkap menerima dua doa vaksin,” ujar satu kenyataan kerajaan Korea Selatan.

Tambah kenyataan tersebut, keputusan dibuat susulan lebih 7,000 kes baharu Covid-19 untuk hari ketiga berturut-turut di negara itu . – HARAKAHDAILY 10/9/2021

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!