Adun alami gejala perlu jalani kuarantin kendiri

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU:
Adun Kelantan yang bergejala disaran menjalani kuarantin kendiri bagi mengekang penularan wabak Covid-19 berikutan dua Adun disahkan positif Covid-19 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Ahad lepas.

Speaker Dun Kelantan, Dato’ Abdullah Ya’kub berkata, kesemua 41 Adun sekiranya mempunyai gejala perlu segera menjalani kuarantin.

Bagaimanapun katanya, Adun Tendong Rozi Mohamad, Adun Tanjong Mas Rohani Ibrahim dan Adun Kemuning Mohd Roseli Ismail telah menjalani kuarantin.

- Advertisement -

“Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob turut mengambil inisiatif menjalani kuarantin di rumah sebagai langkah untuk mengelak sebarang penyebaran wabak Covid-19.

“Saya berharap mana-mana mereka yang terlibat sekiranya mempunyai gejala segera menjalani kuarantin kendiri, langkah itu perlu untuk mengelak sebarang penularan Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Sambutan Hari Kelantanku Bersih di sebuah hotel di sini hari ini.

Pada Ahad lepas Abdullah menangguhkan persidangan Dun Kelantan setelah dua Adun didapati positif Covid-19, manakala seorang lagi menjadi kontak rapat.

Dun Kelantan bermula 2 Disember lepas dengan pembentangan Belanjawan 2022 oleh menteri besar. Bagaimanapun persidangan terbabit ditangguh pada hari kedua. – HARAKAHDAILY 9/12/2021

- Advertisement -