97.2 peratus populasi dewasa lengkap divaksin

KUALA LUMPUR: Sebanyak 97.2 peratus atau 22,746,838 individu bagi populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 98.6 peratus atau 23,067,954 individu bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Advertisement

Sementara itu 90.1 peratus atau 2,836,326 individu bagi populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 manakala 86.7 peratus atau 2,729,900 individu golongan itu telah lengkap vaksinasi.

Dalam pada itu, 125,838 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 6,322 suntikan dos lengkap, 4,572 dos pertama dan 114,944 pula suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 54,470,578 dos.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 3,281,238. – BERNAMA