Kemakmuran negeri manfaat bersama rakyat sejahtera

- Advertisement -

INILAH tema Belanjawan 2022 Negeri Pahang yang dibentangkan semalam oleh YAB MB Pahang selama lebih kurang dua jam dua minit.

Alhamdulillah semalam, saya diberi peluang untuk membahas Bajet 2022 mewakili PAS. Tahniah saya ucapkan kepada YAB Dato Sri dan pasukannya yang bekerja keras dengan penuh teliti dalam menyediakan bajet yang mampan.

- Advertisement -

Bukan senang untuk menyediakan bajet waktu negara dan negeri dilanda pandemik, kerana banyak perkara luar jangka berlaku. Bajet setebal 70 muka surat tersebut, boleh saya sifatkan sebagai bajet yang comprehensive.

Ia dirangka dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak demi memastikan semua golongan masyarakat merasai manfaatnya. 

Bajet ini juga menunjukkan bahawa kedudukan kewangan semasa Negeri Pahang berada dalam keadaan stabil walau berdepan dengan Pandemik COVID-19. Syukur alhamdulillah.

Bajet sebanyak RM1.036 bilion ini menunjukkan peningkatan sebanyak 236 juta hasil negeri berbanding 2021. 

Saya kira ia suatu bajet yang realistik berdasarkan asas-asas kukuh yang dinyatakan di dalam bajet dan unjuran ekonomi Pahang yang dijangka pulih dan rancak pada tahun 2022 insya-Allah.

Aspek iman dan takwa harus dijadikan dasar dalam pentadbiran negeri. Agar Pahang terus maju dan diperluaskan rezeki. Firman Allah S.W.T:

وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰٓ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَفَتَحۡنَا عَلَيۡهِم بَرَكَٰتٖ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَٰكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذۡنَٰهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ ٩٦ 

Dato’ Sri Yang Dipertua,

Ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya dalam bajet yang dibentangkan kelmarin, antaranya:

1. Pembatalan GSA di kawasan-kawasan pocket land Felda sudah tentu menggembirakan anak-anak peneroka Felda. Ia sekali gus membolehkan generasi kedua, ketiga Felda yang susah mempunyai peluang cerah untuk memiliki tapak rumah.

Apa yang dilakukan ini sangat membantu anak-anak peneroka yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan tanah. 

Harapan saya agar proses ini berjalan dengan baik dan cepat serta pemilihan peserta mestilah adil, berdasarkan kelayakannya dan tiada amalan pilih kasih. Ini boleh dilakukan dengan mengambil kira pandangan pimpinan dan masyarakat setempat. 

2. Pembangunan sosial ekonomi komuniti rentan, naik taraf kawasan Jalan Wong Ah Jang. Diadakan program intervensi sosial dan transformasi positif kepada golongan rentan dan gelandangan. Ini adalah usaha yang baik dan harus disokong oleh semua pihak.

Saya juga ingin menyentuh beberapa isu di kawasan saya:

1. Berkaitan isu kediaman di Jalan Besar Matau yang terpaksa pindah. Mereka tinggal di situ melebihi 40 tahun dengan membayar TOL setiap tahun sehingga tahun 2000. Kerajaan harus ada alternatif kepada mereka, agar mereka tidak menjadi gelandangan selepas dihalau dari kawasan tersebut.

2. Berkaitan tangki air utama dan rumah pam yang rosak dan tidak berfungsi sejak 2009. Saya difahamkan pihak JKR Daerah telah melihat dan membuat anggaran kos baik pulih sebanyak RM269,600.00. Saya difahamkan pihak Maahad telah memohon dengan JAIP, Namun tiada peruntukan yang diluluskan. 

Justeru, pada 7 Oktober 2021 Pihak Maahad SAS telah hantar surat kepada kementerian KASA memohon peruntukan baik pulih rumah pam dan menara tangki air yang dibentang oleh YAB Menteri Besar Pahang. Akhir kalam, dengan rasa rendah diri saya menyokong Bajet 2022 yang dibentangkan oleh YAB MB Pahang. 

USTAZ SHAHRIL AZMAN ABDUL HALIM
ADUN Jengka – HARAKAHDAILY 8/12/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/224641913017678/posts/268253695323166

- Advertisement -