Adun jejaki keluarga ada anak OKU

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

BACHOK:
Pasangan suami isteri di Kampung Repek dekat sini masih bernasib baik kerana seorang daripada anak kembar mereka sekarang semakin meningkat dewasa.

Bagaimanapun kembar Nor Asmira Mohamad Asri, 12, meninggal dunia selepas lima bulan dibawa pulang dari hospital.

Namun Nor Asmira menghidap penyakit Cerebral Palsy (CP) sejak berusia setahun.

- Advertisement -

Ayahnya Mohamad Asri Mat Ghani, 47, yang bekerja mengambil upah membuat pendawaian elektrik mengakui tidak mampu menampung kos perbelanjaan anaknya itu.

Isterinya pula hanya suri rumah sepenuh masa kerana memberi tumpuan sepenuhnya menjaga anaknya yang dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) Terlantar.

“Saya bersyukur kerana menerima bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membeli makanan seperti susu berkhasiat serta kelengkapan pakaian Nor Asmira.

“Kembar Nor Asmira meninggal dunia selepas lima bulan dibawa pulang dari Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu.

“Dia tidak boleh bercakap apa, apabila lapar atau tidak selesa dia akan menangis, malam tidak tidur, jam 4 pagi baru dia terlelap,” katanya ketika ditemui semasa lawatan Adun Pantai Irama, Mohd Huzaimy Che Husin semalam.

Hadir sama wakil Majlis Penasihat OKU Negeri (MPON) Kelantan.

Pada kunjungan Huzaimy menyerah sumbangan bernilai RM2,000 termasuk zink, susu dan wang tunai bagi meringankan beban Mohamad Asri dan tiga ahli keluarganya.

Program itu sebahagian usaha MPON menjejaki keluarga yang mempunyai anak OKU untuk diberi bantuan dan didaftar bagi memudahkan sumbangan disalurkan. – HARAKAHDAILY 8/12/2021

- Advertisement -