Jumlah pengurusan mangsa Covid-19 makin kurang

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

RANTAU PANJANG:
Jumlah pengurusan pengebumian jenazah mangsa Covid-19 yang diuruskan anggota Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Kelantan semakin berkurangan susulan pengambilan vaksin Covid-19.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Zainal@Jainal Madasin berkata, jumlah pengurusan pengebumian akibat Covid-19 berkurangan sekarang.

Sedangkan katanya sebelum ini setiap hari ada kematian membabitkan kes Covid-19.

- Advertisement -

“Setakat ini proses pengebumian yang dijalankan semakin berkurangan berbanding sebelum ini tujuh hingga lapan mangsa dalam tempoh satu hari.

“Sehingga sekarang sebanyak 1762 mangsa kematian yang terlibat dengan Covid-19 dilaksanakan HAZMAT di Kelantan,” katanya selepas menyampaikan pemadam api kepada penduduk pada program 1 Rumah 1 Alat Pemadam api (1RAPI) di Dewan Perpaduan Kawasan Rukun Tetangga, Lubol Stol, di sini hari ini.

Zainal juga berkata, Pasir Puteh mencatatkan proses pengebumian paling tinggi berkaitan Covid-19 iaitu 413 kes, diikuti Kota Bharu 399 dan Pasir Mas (286).

Sebelum ini proses pengebumian setiap mangsa Covid-19 melibatkan seramai 10 anggota HAZMAT. – HARAKAHDAILY 7/12/2021

- Advertisement -