Israel serang pelabuhan Syria

- Advertisement -

DAMSYIK: Tentera udara Israel telah menyerang terhadap  pelabuhan Latakia di Syria pada awal pagi Selasa (7 Dis), dalam serangan yang jarang menyasarkan kemudahan utama di negara yang pernah beberapa kali diserang Israel itu.

“Kira-kira jam 1.23 pagi hari ini, musuh Israel melakukan pencerobohan udara dengan beberapa peluru berpandu. Pertahanan udara kami menangkis pencerohan Israel di Latakia,” lapor agensi berita Syria, SANA memetik sumber tentera.

- Advertisement -

“Serangan itu menyasarkan limbungan kontena pelabuhan, menyebabkan beberapa kontena terbakar tetapi tidak menyebabkan kemalangan jiwa,” tambah laporan SANA.

Gambar-gambar yang diterbitkan oleh SANA menunjukkan kebakaran di halaman rumah tetapi televisyen kerajaan Syria kemudian berkata bahawa anggota bomba telah mengawal kebakaran itu.

Israel telah berulang kali berkata ia tidak akan membenarkan negara jirannya itu menjadi landasan pelancaran serangan udara bagi musuhnya, Iran.

Israel sudah banyak kali melakukan serangan terhadap Syria yang merupakan negara jirannya.

Sejak perang saudara meletus di Syria pada 2011, Israel telah melakukan ratusan serangan udara ke atas wilayah Syria, menyasarkan kedudukan kerajaan serta tentera sekutu yang disokong Iran dan pejuang Hizbullah. 

Pada 24 Nov lalu, peluru berpandu Israel menyerang di barat wilayah Homs membunuh lima orang, menurut Syrian Observatory for Human Rights.

Dalam dua serangan berasingan Israel pada Okt  lepas, lima anggota militia pro-Iran terbunuh berhampiran ibu negara Syria,  Damsyik manakala sembilan pejuang pro-kerajaan terbunuh berhampiran pangkalan udara T4 di timur Palmyra di tengah Syria. – HARAKAHDAILY 7/12/2021

- Advertisement -