DAP cukup ‘prihatin’ isu arak

- Advertisement -

SETIAP kali timbul isu arak dan pengawalan terhadap penggunaannya, DAPlah yang akan bingkas bangun membela dan memperjuangkan kepentingan penjual dan peminumnya. Sehingga ada seorang kawan melabel DAP sebagai ‘parti pelindung peminum arak’.

- Advertisement -

Apa yang berlaku sebenarnya bukan pun arahan mengekang atau menutup premis minuman arak. Terbaru pihak Jabatan Kastam mensyaratkan semua premis kedai kopi dan restoran yang menjual arak termasuklah bir untuk mendapatkan lesen penjualannya terlebih dahulu berdasarkan Peraturan Eksais 1976. Ini bukan pun peraturan baru.

Menurut maklumat setiap premis berkenaan akan dikenakan RM1,340 setahun untuk lesen penjualannya. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa lesen ini kononnya menyekat hak dan kebebasan bukan-Islam. 

Apa hak dan kebebasan yang disekat sebenarnya? Bukannya mereka tidak bebas menjual dan meminum arak jika mereka mahu, cuma pemilik premis dikenakan caj RM1,340, apa masalahnya?

Lim mendakwa kononnya RM1,340 setahun ini terlalu tinggi dan kemungkinan ada di antara pemilik premis yang akan menghentikan jualannya kerana enggan menanggung kos tambahan.

Jual atau tidak itu hak mereka. Malah RM1,340 ini sekadar RM111.66 sebulan atau RM3.72 sehari sahaja. Takkanlah pemilik-pemilik premis ini tidak mampu? Bukannya kurang atau tidak untung tetapi ada tambahan kos yang terlalu kecil itu sahaja.

Ini bukan larangan tetapi ini peraturan pelesenan yang menurut Timbalan Menteri Kewangan juga diamalkan di negara-negara lain. Tak perlulah DAP hiruk-pikuk seolah langit mahu runtuh. Nak jual silakan jual tetapi bayarlah lesen.

Kalau beban sangat mungkin Ahli-ahli Parlimen DAP boleh beri sedikit peruntukan tahunan mereka untuk menanggung kos lesen berkenaan. Parti pelindung peminum arak takkan tak boleh bantu?

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 7/12/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100009880363600/posts/1656228031383193/

- Advertisement -