MTC sumbang perabot kepada PPUM untuk ‘frontliners’

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH! Saya hadir mengiringi Pengerusi MTC, Puan Norrida Yusoff bagi majlis penyerahan tersebut. Turut hadir Puan Noraihan Abdul Rahman dan Encik Azmir Husni Mohamed Nor iaitu Pengarah dan Pengurus Bahagian Komunikasi Korporat MTC dengan menyumbangkan set sofa dan perabot kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk kegunaan frontliners.

Saya hadir mengiringi Pengerusi MTC, Puan Norrida Yusoff bagi majlis penyerahan tersebut. Turut hadir Puan Noraihan Abdul Rahman dan Encik Azmir Husni Mohamed Nor iaitu Pengarah dan Pengurus Bahagian Komunikasi Korporat MTC.

- Advertisement -

Di pihak PPUM, Pengarah Profesor Dr. Nazirah Hasnan telah hadir menerima bagi pihak PPUM. Turut hadir Puan Chew Yee Yen (Timbalan Pengarah Ikhtisas), Puan Mazura Mohammad (Ketua Jabatan Perhubungan Korporat), Puan Suhailawati Ghazali (Ketua Jabatan Perolehan), Puan Jamilah Suleiman (Pegawai Kejururawatan, Jabatan Kejururawatan), Encik Mohd Ibrahem Mohamad Jumagen (Pegawai Tadbir Kanan, Jabatan Perhubungan Korporat) dan Encik Mohd Na’imullqh bin Zul Aimi (Pegawai Tadbir, Jabatan Perhubungan Korporat).

Program ini sebahagian daripada aktiviti CSR MTC khususnya dalam suasana pandemik Covid-19 sekali gus penghargaan kepada barisan hadapan. Our Society Our Responsibility. Let’s power progress together!

Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) adalah satu organisasi di bawah naungan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) yang beribu pejabat di Kuala Lumpur dan mempunyai pejabat serantau di Houston, Amerika Syarikat (bagi pasaran Amerika), Rotterdam, Belanda (bagi pasaran Eropah), Dubai, UAE dan Jeddah, Arab Saudi (bagi pasaran Timur Tengah dan Afrika), Guangzhou, China (bagi pasaran Asia Timur) dan Bengaluru, India (bagi pasaran Asia Tengah dan Selatan).

MTC yang ditubuhkan pada tahun 1992, bertujuan untuk mempromosi dan mengembangkan industri kayu-kayan di Malaysia dan luar negara. Ia juga sebagai satu badan koordinasi bersama persatuan dan pemain industri berkaitan.

Doakan semoga saya dan pasukan terus mampu menggalas tugasan ini dengan cemerlang. Semoga tanggungjawab dapat ditunaikan dengan sebaiknya dalam mencari bekal khidmat untuk dibawa sampai ke akhirat. Aamiin.

MUHTAR SUHAILI AS-SARAWAKI
CEO Malaysian Timber Council (MTC) – HARAKAHDAILY 6/12/2021

- Advertisement -