Mengawal pakaian kaum wanita Islam itu ekstrem dan primitif?

Islam
- Advertisement -

KALAU kita sebut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ini anti-Islam dan sering memomokkan masyarakat dengan ‘Islamphobia’ sehingga mencetuskan ketegangan dalam masyarakat, ada yang mungkin menganggap kita keterlaluan. Tetapi salahkah kita menganggap begitu sebenarnya?

- Advertisement -

Secara jujur cuba kita lihat dan teliti kenyataan beliau sendiri. Terbaru ketika beliau menyinggung seorang pemimpin DAP di Johor dalam isu pemakaian tudung oleh seorang MP Wanita DAP yang bukan-Islam beliau dilaporkan menyebut:

“I find Boo’s remarks no different to those made before by extremist and primitive PAS leaders who want to control what women can or cannot wear.”

(Saya dapati pandangan Dr Boo tiada beza dengan pandangan pimpinan PAS yang ekstremis dan primitif yang mahu mengawal apa yang boleh atau tidak boleh dipakai oleh kaum wanita.)

Jika pun PAS konsisten dalam isu pakaian wanita khasnya yang beragama Islam, ia bukannya isu politik atau populis, ia sebenarnya tanggungjawab setiap Muslim iaitu dalam perkara ingat mengingati kepada sesama Muslim dari hal perintah dan larangan Allah S.W.T.

Adakah mengingatkan sesama Muslim dari hal perintah dan larangan Allah S.W.T itu menjadikan PAS ekstrem dan kuno atau kolot? Adakah Guan Eng menuduh atau melihat begitu? PAS yang ekstrem dan primitif atau Islam?

Puluhan tahun menjadi Ahli Parlimen di Malaysia namun beliau rupanya masih belum dapat memahami dan menerima hakikat keadaan hidup masyarakat di Malaysia khasnya umat Melayu Islam yang merupakan majoriti penduduk dalam negara. Beliau masih mahu campuri malah mempertikaikan hak umat Islam mengendali dan menguruskan agamanya. 

Ini bukan urusan PAS, ini urusan umat Islam. Biar rakyat Malaysia khasnya umat Melayu Islam sedar dan kenal akan sikap dan pendirian pimpinan DAP ini. Jangan lagi mudah terpedaya dan tergiur mahu memangkah mereka.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 6/12/2021

Sumber Asal: https://m.facebook.com/100009880363600/posts/1656153941390602/

- Advertisement -