Giat luaskan program-program wakaf

- Advertisement -

“WAQAF ini amanah Tuhan, kita kena jaga sungguh-sungguh. Nak dibangunkan, perlu pastikan good governanceyang terbaik. Nak selamatkan harta umat Islam, dan Bumiputera, wakaflah jalan keluarnya.”

- Advertisement -

Sebelum ini kami telah mengadakan perbincangan yang melibatkan usahasama TERAJU dan Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama yang bakal dilaksanakan meliputi 4 fokus utama dalam membantu golongan yang tercicir daripada sudut kemampuan ekonomi, temasuklah golongan asnaf dan B40, iaitu:

1. Program JOM TUSYEN.
2. Masjid Sebagai Hub Pelajar.
3. Penambahbaikan Pengisian TADIKA bagi golongan Asnaf.
4. SMART MOSQUE.

Keempat-empat usaha yang saya percaya mampu membentuk modal insan yang kukuh bagi sebilangan keluarga yang kurang berkemampuan dalam mendidik anak untuk menjadikan tuntutan ilmu sebagai keutamaan.

Secara langsung menghindarkan diri mereka daripada terjebak dengan aktiviti gejala sosial yang kurang sihat dan membentuk pengaruh rakan sebaya yang lebih baik, inilah perjuangan yang kami akan pastikan ianya mampu terlaksana.

Alhamdulillah, pada hari ini, Saya dan #PasukanMenteriAgama bersama dalam pelancaran Pembangunan Tindakan Bumiputera yang akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, dan melibatkan usahasama dalam inisiatif untuk terus mempertingkatkan kualiti ummah dan Bumiputera dalam memacu kejayaan yang diimpikan oleh seluruh Keluarga Malaysia.

SENATOR USTAZ IDRIS AHMAD
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 6/12/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/225083869659930/posts/269737135194603

- Advertisement -