Apabila rakyat tersalah pilih

rakyat
- Advertisement -

DEWAN Undangan Negeri adalah tempat wakil-wakil yang dipilih rakyat berhimpun sebagai penggubal dan pembuat undang-undang selain meluluskan dasar dan perbelanjaan negeri. Kerana itu ia sering disebut ‘Dewan yang mulia’.

- Advertisement -

Rakyat memilih dan mengangkat yang terbaik di kalangan mereka untuk menjadi wakil pembawa suara dan hasrat mereka ke Dewan. Mereka tidak pilih kacang hantu atau orang yang tidak siuman.

Dengan tugas besar wakil rakyat sudah semestinyalah rakyat mengharapkan wakil mereka itu cerdik, baik berhujah, berilmu dan beradab serta berpekerti mulia.

Video ini memaparkan aksi di DUN Selangor baru-baru ini. Ia boleh dinilai tanpa ulasan pun sebenarnya. Kelihatan ADUN PAN Taman Templer mewakili Kerajaan PH terjerit-jerit mendabik dan memaki hamun ADUN tunggal PAS dari Sijangkang Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi. 

Apa sebenarnya yang ingin dijuarai dan dicapai ADUN PAN ini? Beliau dan rakan-rakannya adalah mereka yang telah keluar PAS lantaran kecewa dan dengan kesungguhan kononnya mahu melawan dan menghapuskan PAS tetapi sanggup bersekongkol dengan DAP.

Beginikah sepatutnya seorang wakil rakyat Negeri Selangor berhujah? Saling tak tumpah bagaikan samseng dan pengganas. Saya yakin siapa sahaja yang menonton video ini pasti kesal dan malu dengan aksi ADUN ini. Mohon pengundi Taman Templer berfikir-fikirlah untuk cari pengganti.

Hujah yang padu dan baik tambahan dalam Dewan Negeri boleh dibawa dengan cara sopan, boleh sahaja bertenaga tetapi tidak perlu terpekik dan terlolong. Nampak padat ilmu dan tinggi keperibadian kita tercermin dari susunan kata melalui hujah yang bijaksana.

Tapi apa yang terhambur dan terpacul keluar dari mulut ADUN ini ternyata sampah dan tiada harga sekupang sekalipun. Malu anak Selangor menontonnya.

Benarlah gurindam pusaka Almarhum Raja Ali Haji:

Hati ini kerajaan di dalam tubuh
Jikalau zalim segala anggota pun roboh

Apabila dengki sudah bertanah
Datanglah daripadanya beberapa anak panah 

Mengumpat dan memuji hendaklah fikir
Di situlah banyak orang yang tergelincir

Pekerjaan marah jangan dibela
Nanti hilang akal di kepala

Jika sedikit pun berbuat bohong
Boleh diumpamakan mulutnya itu pekung

Tanda orang yang amat celaka
Aib dirinya tiada ia sangka.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 6/12/2021

Sumber Asal: https://m.facebook.com/100009880363600/posts/1653537448318918/

- Advertisement -