Lebih 73 peratus OKU di Kelantan lengkap vaksin

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU:
Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini memaklumkan 73.7 peratus golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di negeri ini telah lengkap terima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, seramai 2,870 daripada 3,892 orang telah mendapat suntikan.

Manakala, seramai 1,022 OKU yang terlantar masih belum menerima vaksin Covid-19.

- Advertisement -

“Sejumlah 1,022 OKU terlantar yang masih belum menerima suntikan vaksin Covid-19 dan daripada jumlah itu seramai 297 iaitu 7.6 peratus adalah mereka yang tidak dapat dihubungi.

“Selain itu juga, seramai 145 iaitu sebanyak 3.7 peratus adalah mereka yang enggan atau tidak mampu untuk membuat keputusan dan seramai 32 iaitu 0.8 peratus adalah yang sedang menunggu giliran untuk divaksinasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Rozi Muhamad (PAS-Tendong) dan Ahmad Fathan Mahmood (PAS-Chempaka) pada sidang Dun di Kota Darul Naim hari ini.

Terdahulu Adun terbabit meminta kerajaan bagi menyatakan mengenai bilangan golongan OKU serta golongan pesakit kronik yang terlantar di Kelantan serta jumlah golongan itu yang belum menerima vaksin. – HARAKAHDAILY 5/12/2021

- Advertisement -