Covid-19: Maktab Mahmud Sik diarah tutup

- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR:
Maktab Mahmud Sik diarahkan tutup bermula semalam ekoran 24 kes positif Covid-19 telah dikesan.

Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Dato’ Dr Mohd Hayati Othman berkata, penutupan itu bertujuan untuk kerja-kerja sanitasi dan akan dibuka pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Menurutnya, sehingga jam 12 tengah hari semalam, seramai 38 individu telah menjalani ujian saringan di mana 24 daripadanya didapati positif manakala 14 lagi negatif.

- Advertisement -

“Kesemua 24 yang positif melibatkan pelajar lelaki dan punca penularan jangkitan masih dalam siasatan pihak Pejabat Kesihatan Daerah Sik,” jelasnya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya lagi, kes yang dikategori kluster baharu iaitu Dah Pelangi mula dikesan apabila beberapa pelajar sekolah berasrama itu didapati mengalami gejala bermula pada Ahad lalu.

Berikutan itu pihak pengurusan sekolah telah melakukan saringan bersasar kepada para pelajar dan kes mula didaftarkan positif pada Jumaat.

“Pejabat Kesihatan Daerah juga telah menjalankan isolasi dan pemerhatian kepada kes-kes positif manakala kesemua kontak rapat yang dikenal pasti pula diarahkan menjalani kuarantin,” tambahnya lagi. – HARAKAHDAILY 4/12/2021

- Advertisement -