Adun Jabi tiada kompromi soal integriti

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: AHli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi Dr Azman Ibrahim menyerah kepada pihak berkuasa menyiasat penemuan audit dalam Laporan Ketua Audit Negara berkaitan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Jabi tahun 2019.

Kata beliau pihaknya sedia maklum dan telah mengambil beberapa tindakan awal sebaik sahaja dimaklumkan tentang perkara tersebut.

- Advertisement -

“Pegawai yang terlibat menguruskan dokumen tuntutan perbelanjaan tersebut telah meletakkan jawatan,” katanya di sini.

Malah beliau berkata, laporan polis dibuat pada September lepas apabila penemuan audit dimaklumkan berkaitan kes pemalsuan dokumen tuntutan tersebut.

“Tiada kompromi dalam soal integriti. Urusan seterusnya kita serah kepada pihak berkuasa. Kita terbuka dan tiada siapa yang terkecuali dari tindakan undang-undang,” ujarnya.

Dr Azman yang juga anggota Exco kerajaan Terengganu berkata, lebihan tuntutan berjumlah RM11,900 telah dibuat bayaran balik.

Katanya, tuntutan perbelanjaan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Jabi tersebut dibayar oleh Pejabat Daerah Besut melalui akaun PKM DUN Jabi dan tidak melibatkan mana-mana akaun individu.

“Fakta tersebut kami serahkan untuk siasatan pihak polis. Terima kasih Jabatan Audit Negara yang menjadi check and balance kepada kerajaan untuk mendapat sistem pentadbiran yang telus dan berintegriti,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/12/2021

- Advertisement -