Undi 18: Anak muda mesti terlibat proses demokrasi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menggesa anak muda Malaysia agar tidak mensia-siakan peluang untuk mengundi apabila undi 18 telah diwartakan berkuat kuasa 15 Disember ini.

Ketua Penerangannya, Dr Najihatussalehah Ahmad, percaya bahawa keterlibatan anak muda dalam menentukan kepimpinan negara adalah sangat penting demi kelangsungan proses demokrasi yang sihat.

- Advertisement -

Katanya, DMPM merujuk kepada perkembangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang menyaksikan jumlah peratusan pengundian sebanyak 65.85 peratus sahaja.

“Jumlah keluar mengundi itu adalah jauh lebih rendah daripada jangkaan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) iaitu sebanyak 70 peratus pengundi keluar mengundi.

“Sedangkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) peratusan keluar mengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka adalah melebihi 80 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, DMPM menyeru anak muda agar memanfaatkan ruang memilih yang telah diberikan melalui pewartaan Undi 18 agar suara anak muda menjadi sebahagian dari penentu keputusan negara..

Ketua Penerangannya, Dr Najihatussalehah Ahmad, percaya bahawa keterlibatan anak muda dalam menentukan kepimpinan negara adalah sangat penting demi kelangsungan proses demokrasi yang sihat.

Katanya, DMPM merujuk kepada perkembangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang menyaksikan jumlah peratusan pengundian sebanyak 65.85 peratus sahaja.

Beliau berkata, jumlah keluar mengundi itu adalah jauh lebih rendah daripada jangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu sebanyak 70 peratus pengundi keluar mengundi.

“Sedangkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) peratusan keluar mengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka adalah melebihi 80 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, DMPM menyeru anak muda agar memanfaatkan ruang memilih yang telah diberikan melalui pewartaan Undi 18 agar suara anak muda menjadi sebahagian daripada penentu keputusan negara.

Dalam pada itu, pendaftaran secara automatik pemilih berusia 18 tahun ke atas sudah diwartakan dan berkuat kuasa 15 Disember ini.

Pindaan Perlembagaan yang diwartakan pada 25 November lalu itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menetapkan tarikh 15 Disember sebagai tarikh mula berkuat kuasa. – HARAKAHDAILY 2/12/2021

- Advertisement -