AS sahkan kes pertama Omicron

Anthony Fauci pada sidang media mengenai varian baharu Covid-19, Omicron di Rumah Putih, Washington pada 1 Dis 2021. (FOTO Getty Images)
- Advertisement -

CALIFORNIA: Kes pertama jangkitan Omicron di Amerika Syarikat disahkan telah dikenal pasti berlaku di California.

Dalam taklimat berita Rumah Putih, Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan, Dr Anthony Fauci berkata, kes jangkitan tersebut berlaku pada individu yang melakukan perjalanan dari Afrika Selatan pada 22 Nov lepas, sebelum sekatan perjalanan dikuatkuasakan di AS, dan diuji positif Omicron pada 29 Nov.

- Advertisement -

Individu berkenaan, kata Fauci, sedang mengkuarantinkan diri dan kenalan rapatnya telah diuji negatif Covid-19, lapor CNN.

“Individu yang divaksin sepenuhnya dan mengalami gejala ringan, yang semakin pulih pada ketika ini,” kata Fauci. 

Pengarah Kesihatan Awam San Francisco, Dr Grant Colfax pula berkata, individu berkenaan tidak mendapat suntikan penggalak.

Jabatan Kesihatan Awam California dan San Francisco mengesahkan kes itu disebabkan oleh jangkitan Omicron melalui teknik penjujukan genomik yang dilakukan di Universiti California di San Francisco, dan  disahkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS. – HARAKAHDAILY 2/12/2021

- Advertisement -