Belanjawan Kelantan 2022

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH, Belanjawan 2022 bertemakan ‘Kelantan Maju Rakyat Sejahtera’ dengan peruntukan sejumlah RM1.51 bilion dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada hari ini.

- Advertisement -

Belanjawan 2022 ini menumpu kepada pemulihan ekonomi yang berdaya tahan, makmur dan mampan bagi memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta meningkatkan tahap pendidikan dan mengembangkan syiar agama.

Kerajaan Negeri fokus dalam usaha memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat melalui Belanjawan 2022 antaranya:

RM44.71 juta bagi menyiapkan 188 unit rumah mampu milik, 135 unit rumah Dhuafa dan 30 unit rumah asnaf.

RM46.25 juta diperuntukkan bagi skim kifalah, Gerbang Az-ziwaj, Bantuan Armalah dan Anak Yatim, Pembelaan Rakyat Miskin dan Skim Al-it’am.

RM22 juta peruntukan COVID-19 bagi tahun 2022 termasuk bantuan prihatin, pengurusan operasi, projek-projek khas dan meningkatkan fasiliti kesihatan.

RM21.65 juta bagi membina 4 loji rawatan air (LRA) dan membaikpulih 2 loji rawatan air. RM7.5 juta bagi Program pembangunan keluarga dan wanita. RM4.5 juta bagi Bantuan Usahawan Muda.

Kerajaan juga memperuntukkan RM5 juta untuk program pembangunan sukan seluruh negeri, penyertaan ke pelbagai kejohanan termasuk SUKMA dan persediaan Kelantan menjadi tuan rumah SUKMA tahun 2026. 

RM8.21 juta diperuntukkan untuk Program Pembangunan Belia dan Beliawanis serta NGO dan untuk Program Bersepadu Menangani Gejala Sosial termasuk Program Pembangunan Insan.

Dalam menyahut seruan Keluarga Malaysia, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2.05 juta untuk program masyarakat bukan-Islam dan antara kaum termasuk orang asli.

Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah S.W.T menjadikan Belanjawan Negeri Kelantan Tahun 2022 yang bertemakan ‘Kelantan Maju Rakyat Sejahtera’ yang dibentangkan ini dilimpahi rahmat dan keberkatan daripada-Nya. Insya-Allah.

“Merakyat Membangun Bersama Islam”
“Keberkatan Kemakmuran Kebajikan”

USTAZ DATO’ BENTARA KANAN AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan – HARAKAHDAILY 2/12/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/400970331386809/posts/441114887372353

- Advertisement -