Belanjawan Kelantan 2022 peruntuk RM1.51 bilion

- Advertisement -

KOTA BHARU: Belanjawan Kelantan 2022 memperuntukkan sebanyak RM1.51 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan tahun hadapan.

Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, Belanjawan 2022 dengan unjuran defisit RM90.49 juta lebih tinggi berbanding tahun ini RM66.02 juta.

Bagaimanapun katanya setiap tahun anggaran belanjawan negeri dicatat defisit, namun untuk empat tahun berturut-turut Kelantan mencatatkan perbelanjaan surplus iaitu RM38.82 juta bermula pada 2017.

- Advertisement -

Pada 2018 surplus RM40.46 juta, RM445.69 juta (2019) dan RM45.44 juta 2020.

“Di bawah Teras Transformasi Kewangan beberapa pendekatan diambil seperti pengukuhan aliran tunai berdasarkan ‘matching concept’ dengan penekanan kepada keutamaan perbelanjaan.

“Kerajaan juga meningkatkan pelaburan am sebanyak RM5.64 juta menjadi RM11.2 juta iaitu peningkatan sebanyak 101.44 peratus berbanding tahun sebelumnya,” katanya ketika membentang Belanjawan 2022 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim hari ini.

Belanjawan tersebut bertema ‘Kelantan Maju Rakyat Sejahtera’.

Beliau juga berkata, pada tahun hadapan kerajaan negeri akan mewujudkan Tabung Pinjaman dengan peruntukan sebanyak RM30.53 juta bagi memacu pengukuhan ekonomi. – HARAKAHDAILY 2/12/2021

- Advertisement -