RIYADH: Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengesahkan kes pertama jangkitan Omicron.
Agensi Arab News pada Rabu melaporkan, seorang penumpang kapal terbang yang berlepas dari Afrika Utara dikenal pasti dijangkiti varian baharu Covid-19 berkenaan ketika memasuki negara berkenaan.
Sementara Emirates News Agency pula melaporkan, penumpang wanita itu tiba di UAE dari sebuah negara Afrika.
Penularan kes pertama Omicron di Arab Saudi itu tercetus selepas larangan kemasukan ke negara itu ditamatkan terhadap enam negara – India, Mesir, Pakistan, Indonesia, Brazil dan Vietnam.
Pelancong dari enam negara berkenaan kini dibenarkan memasuki Arab Saudi tanpa perlu dikuarantin selama 14 hari di luar negara tersebut sebelum memasuki negara itu. – HARAKAHDAILY 2/12/2021