Ibadah umrah kini kembali boleh dilaksanakan

MENJENGAH masuk sudah bulan Disember bagi tahun Masihi. Bulan hujung tahun yang kebiasaannya menjadi bulan yang pastinya telah dirangka pelbagai aktiviti dan rancangan akhir tahun yang pelbagai. 

Advertisement

Ada yang rancang membuat majlis perkahwinan. Ada yang rancang nak bercuti.  Dan yang paling menarik, ada yang rancang untuk menunaikan umrah. 

Semalam, saya diberi peluang untuk bersama jemaah umrah yang menjadi rombongan jemaah pertama yang menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MAS) di bawah pengurusan AMAL MAS. Operasi yang tergendala selama 2 tahun, bermula semalam adalah suatu detik yang dinantikan oleh semua warga MAS. 

Sayu dan sebak melihat wajah-wajah bakal tetamu Allah yang teruja untuk menunaikan umrah setelah hampir 2 tahun terhalang untuk menunaikannya akibat daripada wabak COVID-19 dan penutupan sempadan. 

Di dalam Ihya’Ulumiddin, Jarir bin Abdillah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda, maksudnya:

“Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang.”

Saya mendoakan, kita semua yang berkeinginan menunaikan umrah, dan menjadi tetamu Allah, agar supaya semua hasrat kita Allah makbulkan.

Dan yang sedang menunaikan umrah, saya doakan juga supaya ibadah kita menjadi ibadah umrah yang mabrurah, seterusnya menjadi insan dan rakyat Malaysia yang patuh dan taat atas segala perintah Allah dan Nabi Muhammad S.A.W. Ameen

YB SENATOR USTAZ IDRIS AHMAD
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 1/12/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/225083869659930/posts/266208548880795