Menarik di Mahkamah Sesyen KL semalam

- Advertisement -

SESUATU yang menarik berlaku di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam dalam kes perbicaraan rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP. Ia dilaporkan oleh theedgemarkets.com.

Semalam giliran Dato’ Seri Mohamamed Nazri Aziz, Ahli Parlimen Padang Rengas yang juga mantan Menteri Pelancongan memberi keterangan sebagai saksi pendakwa yang ke-14.

- Advertisement -

Nazri mengaku beliaulah yang telah memperkenalkan Lim kepada Pengarah Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd. Dato’ Zarul Ahmad Mohd Zulkifli. Zarul merupakan kenalan Nazri sejak 1990-an. 

Menurut Nazri, Zarul Ahmad mohon beliau perkenalkannya dengan seseorang yang berpengaruh di Pulau Pinang bagi membantu syarikatnya mendapatkan projek di sana.

Lalu Nazri telah mengambil inisiatif memperkenalkan Zarul kepada Lim dengan mengaturkan pertemuan pada awal bulan Januari 2011 di Hotel Shangrila. Lim ketika itu Ketua Menteri Pulau Pinang. Tambah Nazri beliau mengenali Lim sejak sebelum Lim menjadi Ketua Menteri lagi.

Apa yang menarik syarikat Zarul kemudiannya telah ditawarkan projek terowong dasar laut Pulau Pinang dan antara tuduhan terhadap Lim bahawa beliau telah dituduh meminta sogokan 10 peratus dari keuntungan projek ini.

Menarik juga sebelum ini Lim dilaporkan tidak pernah mengisytiharkan dalam mesyuarat EXCO Pulau Pinang bahawa beliau mengenali Zarul sebelum syarikatnya membida projek ini dari kerajaan negeri. Sebelum ini beberapa saksi pendakwa telah menyatakan di mahkamah bahawa Lim tidak pernah mengisytiharkan dalam mesyuarat EXCO bahawa beliau mengenali Zarul.

Kes ini belum selesai malah masih di peringkat perbicaraan. Saya sekadar berkongsi apa yang menarik yang berlaku di mahkamah, mungkin ramai mahu tahu.

Sila ikuti laporan The Edge di: https://www.theedgemarkets.com/article/nazri-admits-introducing-zenith-bucgs-zarul-guan-eng

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 30/11/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100009880363600/posts/1651650208507642/

- Advertisement -