MB Kedah rakam tahniah kepada Aifa, ibu bapa

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR:
Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor merakamkan ucapan tahniah kepada pemain skuasy wanita negara, Aifa Azman atas kejayaan merangkul kejuaraan Terbuka Malaysia 2021, Sabtu lalu.

Ucapan yang dirakamkan di media sosialnya semalam turut ditujukan kepada ibu bapa pemain berkenaan yang sentiasa memberi perangsang dan semangat untuk berjaya.

Advertisement

“Tahniah kepada anakanda Aifa dan ibu bapanya. Terima kasih juga kepada semua pihak yang berjasa melatih dan menggilap bintang skuasy negara ini.

“Semoga Aifa akan terus mencipta kejayaan cemerlang pada masa hadapan seperti Datuk Nicol Ann David,” katanya yang menghargai kejayaan anak kelahiran Kedah Darul Aman itu.

Juara skuasy wanita itu berjaya menundukkan pilihan pertama dari Mesir, Salwa Hany (12-10, 11-8, 11-4) dalam tempoh 30 minit di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, 27 November lalu.

Aifa, 19, layak beraksi pada kejohanan bernilai RM209,000 atas tiket wild card (jemputan) yang sebelum ini hanya menduduki ranking ke-69 dunia.

Beliau telah mencipta kejutan apabila mampu menundukkan pemain Mesir itu yang berada di ranking kelapan dunia. – HARAKAHDAILY 30/11/2021