Melahirkan anak sulung PAS di Beting Maro

- Advertisement -

MENELUSURI perjuangan rakyat DUN Beting Maro sangat mengujakan saya. Bumi Sarawak mengikut demografi dan ‘social force’nya tidak memungkinkan PAS untuk bertapak atau bertahan di Bumi Darul Hana ini. Namun satu perkara yang anda semua perlu tahu mengenai perjuangan rakyat DUN Beting Maro.

- Advertisement -

Lebih 20 tahun bertapak dengan organisasi yang sah berdaftar, PAS Negeri Sarawak melangkah setapak demi setapak dengan wasilah perjuangan yang jelas dibawa melalui asas tarbiyah, siasah dan dakwah. Elemen ini akan terus menyeimbangkan PAS sebagai platform alternatif kepada pengundi Melayu luar bandar Sarawak.

Secara teorinya politik bumiputera Islam Sarawak akan dibawa bersama oleh seorang strong man apabila social force itu menggeledak. Inilah terjadi pada PRN lepas, ianya bukan fenomena menakjubkan kerana perbezaan undi 1,707 ini adalah signal daripada pengundi bahawa mereka tidak mahu calon Barisan Nasional (ketika itu).

Kali ini, adakah rakyat Beting Maro akan bangkit dan Istiqamah dengan perjuangan mereka untuk menukar wakil rakyat? Adakah undi PAS akan terus meningkat (jika PAS bertanding) apabila PAS menjadi sebahagian daripada parti komponen Kerajaan Pusat?

Antara kekuatan PAS di DUN ini adalah lambang yang sangat kuat. Beraksi tanpa bergabung dengan mana-mana parti dengan undi yang tinggi akan menjadi cabaran buat parti lawan lain pada PRN kali ini juga apabila lambang BN ‘lambang keramat’ di Sarawak pada suatu ketika dahulu tidak akan ada lagi kali ini.

Semoga anak sulung PAS akan lahir sekiranya keputusan bertanding di DUN ini dibuat oleh PAS Pusat kelak. Pastinya seluruh jentera parti menanti keputusan ini dan saya percaya paling penting pengundi Beting Maro akan terus berjuang untuk mendapatkan calon Yang Berhormat mereka sekiranya diberi peluang.

Dengan kekuatan Cawangan PAS sebanyak lebih 30 cawangan (baru dan lama), sayap Dewan Pemuda PAS, Dewan Muslimat, Dewan Himpunan Pendukung PAS, Jabatan Amal dan gerakan daripada pemimpin tempatan akan membawa satu perubahan dan kemenangan di Beting Maro khususnya kepada 11,187 pengundi berdaftar di sini.

ZHARUDIN NARUDIN
Ketua Penerangan 
PAS Negeri Sarawak – HARAKAHDAILY 29/11/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100000135795583/posts/5262955273718947/

- Advertisement -