Eksport Vietnam Nov naik 18.5%: Lebihan dagangan RM424 juta

Pekerja di kilang kasut yang dihasilkan untuk dieksport di Hanoi, Vietnam dirakam pada 29 Disember 2020. (FOTO REUTERS)

HANOI: Jumlah eksport Vietnam pada Nov 2021 menunjukkan peningkatan sebanyak 18.5 peratus berbanding tahun sebelumnya, kepada AS$29.9 bilion.

Sementara itu, import pada Nov 2021 dianggarkan meningkat 20.8 peratus kepada AS$29.8 bilion, menghasilkan lebihan dagangan sebanyak AS$100 juta (RM424 juta) bagi bulan itu, kata Pejabat Perangkaan Am (GSO) Vietnam dalam satu kenyataan pada Isnin (29 Nov), lapor CNA.

Advertisement

Bagi 11 bulan pertama 2021, jumlah eksport negara itu menunjukkan peningkatan sebanyak 17.5 peratus dari tahun ke tahun kepada AS$299.67 bilion manakala jumlah import meningkat sebanyak 27.5 peratus kepada AS$299.45 bilion, dengan lebihan dagangan adalah sebanyak AS$220 juta.

Indeks pengeluaran perindustrian Vietnam pada November meningkat 5.6 peratus daripada tahun sebelumnya, kata GSO, sambil menambah bahawa harga pengguna pada bulan itu meningkat 1.84 peratus dari  tahun ke tahun. – HARAKAHDAILY 29/11/2021