UAE suntik dana pelaburan AS$10 bilion di Turki

Perjanjian dana pelaburan UAE di Turki dipersetujui semasa lawatan Sheikh Mohammed untuk bertemu dengan Erdogan di Ankara. (FOTO REUTERS)

ANGKARA:  Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan suntikan dana pelaburan berjumlah AS$10 (RM42 bilion) di Turki dalam matlamat bagi meningkatkan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara.

Pengumuman itu dibuat selepas Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohammed bin Zayed mengadakan perbincangan dengan Presiden Turk,i Recep Tayyip Erdogan di sini pada hari Rabu (24 Okt), yang membuka lembaran baharu dalam hubungan ekonomi kedua-dua negara, lapor Emirates News Agency.

Advertisement

Dana baharu itu akan memberi tumpuan kepada pelaburan strategik, terutamanya dalam sektor logistik, termasuk tenaga, kesihatan dan makanan.

Pada Ogos tahun ini, Erdogan mengeluarkan kenyataan ‘mungkin’ menggantung hubungan dengan UAE selepas negara itu menyatakan persetujuan menjalin hubungan diplomatik dengan Israel. 

Turki sebelum ini mengecam perjanjian UAE-Israel dan menganggapnya sebagai mengkhianati perjuangan Palestin. – HARAKAHDAILY 25/11/2021