U-BeS teroka kolaboratif bersama badan belia

- Advertisement -

KOTA BHARU: Urus Setia Belia dan Sukan Negeri Kelantan (U-BeS) sentiasa meneroka program secara kolaboratif dengan badan-badan belia dengan mengadakan program secara bersama.

Pengarah U-Bes, Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata, pihaknya membuka peluang seluasnya bagi menarik lebih ramai golongan belia terbabit dengan pelbagai program yang diadakan. 

- Advertisement -

“U-BeS juga sedang membangunkan Pusat Belia di Medan Usahawan Kota Bharu yang bakal menjadi pusat sehenti bagi aktiviti belia di Kelantan.

“Sementara dalam bidang kerjaya dan keusahawanan, U-BeS bekerjasama dengan sebuah syarikat dalam program penempatan pekerja industri,” katanya ketika menggulung perbahasan usul-usul pada Persidangan Majlis Perundingan Belia Kelantan 2021 yang diadakan di sini semalam. 

Program itu dianjur Jabatan Belia dan Sukan Negeri dengan kerjasama Majlis Belia Kelantan.

Perasmiannya disempurnakan Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob secara maya. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Kelantan Wan Roslan Wan Hamat.

Nasruddin juga berkata, U-Bes merupakan agensi yang berada di bawah kerajaan negeri, di mana capaiannya agak terhad.

“U-Bes mengadakan program dan aktiviti yang bersifat setempat dan lokal berbanding agensi yang berada di bawah Kerajaan Persekutuan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 24/11/2021

- Advertisement -