New Zealand tutup sempadan lima bulan

- Advertisement -

WELLINGTON: New Zealand akan menutup sempadannya kepada kebanyakan pelancong asing selama lima bulan lagi dalam usahanya menggariskan pelonggaran sempadan yang berhati-hati yang telah dilaksanakan sejak serangan Covid-19 melanda pada Mac 2020.

Seiring dengan pengasingan geografinya, negara Pasifik Selatan itu menguatkuasakan beberapa sekatan pandemik yang paling ketat dalam kalangan negara Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), mengehadkan penyebaran Covid-19  dan membantu ekonominya pulih lebih cepat berbanding kebanyakan negara setaranya.

- Advertisement -

Namun wabak varian Delta yang sangat menular pada awal tahun ini telah memaksa peralihan dalam strategi negara itu, dengan bandar utama Auckland kini hanya dibuka secara beransur-ansur apabila kadar vaksinasi dipertingkatkan, lapor CNA.

“Pelancong antarabangsa yang telah divaksin sepenuhnya hanya akan dibenarkan memasuki negara itu mulai 30 Apr 2022 dan seterusnya, dengan pembukaan semula berperingkat dari semasa ke semasa,” kata Menteri Tindakan Covid-19, Chris Hipkins pada sidang akhbar pada Rabu (24 Nov).

Warga New Zealand yang mendapat vaksin sepenuhnya dan pemegang visa kediaman di negara jiran Australia boleh memasuki New Zealand mulai 16 Jan 2021, manakala warga New Zealand yang mendapat vaksin dan pemegang visa kediaman dari negara lain akan dibenarkan masuk  ke negara itu  mulai 13 Feb 2021. 

“Bagi golongan pengembara  pula tidak lagi perlu tinggal di fasiliti kuarantin negeri, tetapi langkah lain akan dilaksanakan termasuk ujian pra-berlepas negatif, bukti telah divaksin sepenuhnya, dan ujian Covid-19 semasa ketibaan,” ujar Hipkins. – HARAKAHDAILY 24/11/2021

- Advertisement -