Muslimat dianjur lazimi zikir munajat

- Advertisement -

Oleh AISHAH NUR

PERMATANG PAUH:
Muslimat dianjur untuk terus istiqamah melazimi zikir munajat agar dapat membentuk peribadi yang alim, haraki dan sufi, kata Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang, Ustazah Hasanah Idris.

Ujarnya lagi, amalan zikir akan menghidupkan jiwa-jiwa yang tenang dan sentiasa mendapat ingatan Allah agar sentiasa diredhai.

- Advertisement -

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pada program Munajat Akifi Khas 12 jam tanpa henti sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka anjuran Dewan Muslimat PAS negeri secara maya, kelmarin.

Hasanah yang mengetuai Lajnah Tarbiyah Dewan Muslimat PAS negeri memberitahu, munajat akifi turut diadakan setiap hari oleh seluruh muslimat yang dipimpin oleh wakil-wakil setiap kawasan.

Menyentuh keputusan PRN Melaka, beliau mengajak semua agar terus berusaha dan yakin dengan takdir Allah yang terkandung hikmah dan pengajaran di sebaliknya.

“Ahli PAS yang sentiasa ditarbiah dengan jihad, akan sentiasa berpegang bahawa perjuangan ini tetap mendapat kemenangan di sisi Allah,” tambahnya lagi

Justeru itu, beliau menegaskan akan pentingnya program munajat diteruskan, seiring dengan gerak kerja dakwah dan tarbiah demi untuk menegakkan syariat Islam. – HARAKAHDAILY 23/11/2021

- Advertisement -